Tuesday, 6 March 2018

KELUARGA BAHAGIA MENJAMIN MASYARAKAT PENYAYANG











πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

3.2.1 Menghormati ibu bapaπŸ˜πŸ˜πŸ€—
Semasa kita kecil dahulu, ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab melahirkan kita.Mereka menatang kita bagai minyak yang penuh.Boleh dikatakan semua keinginan kita mereka akan cuba penuhi.Mereka akan membelai kita dengan penuh manja dan disaluti penuh kasih sayang,
Kita perlulah memberi perhatian kepada ibu bapa sebagai cara menghormati mereka.Mereka kesunyian apabila anak-anak mereka mungkin sudah tidak tinggal serumah kerana mungkin ada anak mereka yang menyambung pelajaran di luar negeri,kerja di negeri orang atau mungkin berkahwin dan menetap di tempat lain

Ada juga anak yang duduk sebumbung dengan ibu bapa mereka juga sibuk dengan komitmen kerja yang sibuk .Bagi yang tinggal berjauhan,hubungilah mereka sekerap yang mampu,tidak kira melalui telefon mahupun video call.Apabila tiba musim cuti sekolah,pulanglah ke kampung menziarahi ibu bapa anda.
Bagi yang bertinggal berjauhan,hubungilah mereka sekerap yang mampu,tidak kira melalui telefon mahupun video call.Apabila tiba
musim cuti sekolah,pulanglah ke kampung menziarahi Ibu bapa anda.
Bagi yang tidak berapa jauh,apa kata anda jenguk ibu bapa anda pada hujung minggu,bawa bersama anak anak mereka supaya dapat memecahkan suasana hening di saban sunyi dengan keletah cucu mereka.Cara seterusnya menghormati ibu bapa ialah dengan mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapa.inilah cara yang paling mudah dan paling diinginkan 











3.2.2 MEMPUPUK HUBUNGAN YANG BAIK DALAM KELUARGAπŸ˜ƒ
       Salah satu punca kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan adalah disebabkan kecanggihan teknologi.Hal ini terbukti apabila keasyikan anak muda terhadap gajet masing-masing.Oleh yang demikian,tanggungjawab memupuk hubungan yang baik sesama keluarga perlu diberikam perhatian.

     Meluangkan masa bersama-sama merupakan salah satu daripada cara untuk memupuk hubungan baik dalam keluarga.Masyarakat harini ini terutamanya ibu bapa sering sibuk dengan pekerjaan masing-masing,namun mereka perlu bijak menguruskan masa supaya hubungan dengan isteri dan anak- anak sentiasa berada dalam keadaan baik. Begitu juga dengan anak-anak yang telah dewasa yang sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa.Salah satu aktiviti meluangkan masa dengan keluarga ialah makan bersama- sama dengan keluarga.

    Hal ini semestinya dapat mengeratkan tali silaturahim antara ahli keluarga.Anak-anak digalakkan untuk membantu ibu bapa di dapur semasa penyediaan makanan .Sebagai contoh, anak lelaki mempersiapkan keperluan di meja makan,manakala anak perempuan menolong ibu memasak..Dengan cara ini,perasaan saling bergandingan antara satu sama laindapat dipupuk.

     Tambahan pula, aktiviti kekeluargaan secara berkala yang melibatkan semua ahli keluarga dapat dilakukan seperti bersukan,gotong- royong dan melancong ke tempat tempat menarik.Setiap ahli keluarga bersatu hati dalam semua perkara sama ada susah atau senang.Hal ini menyebabkan rasa tanggungjawab dalam diri terhadap keluarga akan lebih dirasai dan dihayati oleh setiap orang yang bergelar anak.Sebagai contoh, kita haruslah sentiaa meluangkan masa bersama ahli keluarga dengan aktiviti- aktiviti yang menarik seperti berkelah,bersukan,bergotong- royong dan makan bersama-sama ahli keluarga.Hal ini bukan sahaja dapat memahami lagi setiap ahli keluarga malah merapatkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga.




3.2.3 MENJAGA NAMA BAIK KELUARGA

    Nama baik keluarga merupakan salah satu faktor penting bagi setiap orang.Bagaimana tidak, kita tumbuh dan besar dari keluarga.Mungkin,tidak harus saya jelaskan bagaimana pentingnya keluarga dalam hidup kita.Kita langsungsaja membahas mengenai cara menjaga nama baik keluarga.
   Budi pekerti adalah salah satu faktor penting dalam menjaga nama baik keluarga.Karena dari budi pekerti mulia yang kita miliki itu merupakan ciri khas bagaimna orang tua dan keluarga kita mendidik kita.
   Langkah seterusnya yang perlu kita lakukan untuk menjaga nama baik ibu bapa saya adalah de ngan belajar bersunggunh-sungguh sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang.Ibu bapa pasti akan gembira apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
   Selain itu,untuk menjaga nama baik ibu bapa, kita perlu bergaul dan berkawan dengan rakan rakan yang baik dan dapat membimbing kita menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.Hal ini demikian kerana,kita akan memastikan diri kita tidak terlibat dengan rakan- rakan yang bermasalah yang boleh memperngaruhi kita terjebak dalam gejala sosial yang boleh menjejaskan nama baik keluarga kita.
   Seterusnya, bagi menjaga nama baik keluarga ,kita perlu menjaga akhlak dan tingkah laku diri sendiri agar tidak mencemarkan maruah keluarga.Setiap ibu bapa pasti berasa bangga seandainya anak anak yang lahir mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi Bahasa dalam kehidupan.
    Tambahan lagi,kita perlu menjaga nama baik keluarga dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga,jiran tetangga dan masyarakat setempat.Sebagai seorang anak yang baik,kita sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan saudara mara yang jauh dan dekat.Kita perlu meneruskan jalinan kasih sayang dengan ibu bapa saudara dan sepupu-sepupu kita .
    Kita juga perlulah sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama demi menjaga nama baik keluarga Menjaga nama baik keluarga atau mengembirakan mereka menjadi satu tanggungjawab anak anak yang hidup di dunia ini.







                 



3.2.4. MEMBERI KASIH SAYANG
         Pada zaman kini,kita telah melupakan adat dan kasih sayang yang perlu diamalkan dikeluarga kita sendiri dan hanya sibuk dengan pekerjaan dan sebagainya.Tetapi kita seringkali bertanya dimanakah kebahagiaan itu tau mungkin juga kita memikirkan mengapa itu sukar hadir dalam istana yang kita bina atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjatuh.Kasih sayang berfungsi sebagai satu ikatan suci dalam masyarakat bertamadun untuk memenuhi tuntutan emosi dan jasmani,di samping meringankan ketegangan dan tekanan perasaan,menentukan status sosial dan sebagai usaha penyatuan beberapa keluarga dan keturunan.
         Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Setiap anggota keluarga mempunyai peranan mereka masing-masing.Bapa  menunaikan tanggungjawab beliau dengan menjaga keluarga.Oleh hal yang demikian,kita haruslah menghargai jasa ibu bapa sebagai seorang anak.Kasih sayang merupakan nilai murni dan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh seseorang.
          Kita bertanggungjawab untuk mengamalkan nilai kasih sayang dalam hidup kita. Contohnya,kita bercakap dengan nada yang rendah apabila berkomunikasi dengan orang tua terutamanya ibu bapa dan menundukkan badan apabila melalui hadapan mereka.Kita haruslah menjaga ibu bapa degan baik ketika mereka uzur,dengan menyara mereka menjaga kebajikan mereka kerana mereka tiada pendapatan.
          Selain itu,kita harus sentiasa berada disisi mereka tidak kira ketika suka dan duka.Kasih sayang harus kita tunjukkan kepada golongan ibu bapa sebagai seorang anak kerana mereka berdua terlalu banyak melakukan pengorbanan demi anak-anaknya yang tidak terhingga.Nilai kasih sayang bermaksud perasaan cinta,kasih sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
          Sebagai seorang anak kita patut menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang bekerja keras untuk memenuhi keperluan asas kita.Ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka Ibu  bapa juga harus menunjukkan contoh yang baik.Contohnya,seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anak.Keluarga bahagia memerlukan setiap anggotanya mempunyai sikap positif yang bersesuaian dengan norma masyarakat.
         Apabila anak-anak melihat akhlak itu, anak akan terikut juga.Kita juga memberi ganjaran atau hadiah pada hari istimewa kepada anggota keluarga dan hadiah tesebut tidak perlu mahal kerana mereka tidak akan harapkan ingatan atau penghargaan yang bernilai tinggi.Pembinaan sebuah keluarga bukan sahaja bergantung kepada ibu bapa atau penjaga tetapi merupakan kewajipan dan tanggungjawab setiap anggota keluarga.
        
    Terdapat beberapa kesan akibat kekurangan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.Antaranya ialah keluarga akan menjadi kucar-kacir dan perselisishan faham akan berlaku antara anggota keluarga.Kegembiraan dalam kelarga akan hilang dan hidup akan jadi sengsara.Hal ini juga akan menyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan remaja seperti ponteng sekolah,lari dari rumah dan masalah disiplin di sekolah.
   Di samping itu,kita akan menjadi seorangan kerana tiada yang menunjukkan kasih sayang yang sempurna serta tidak bermesra.Seterusnya,keperluan anak-anak akan terabai dari segi pelajaran dan keperluan asas.Perkara-perkara kecil yang boleh menggembirakan ahli keluarga perlu kita jadikan rutin harian kita bagi menjaga hati ibu bapa serta ahli keluarga.Kesimpulannya,kita sebagai seorang harus menunjukkan rasa kasih sayang kepada semua benda hidup ciptaan tuhan.









3.2.5 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
      Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.Darinya akan mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudaya mulia yang akhirnya akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dan dapat menghadapi pelbagai arus cabaran.Memandangkan betapa pentingnya insitusi kekeluargaan dalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang,maka sewajarnya ia diberi perhatian utama.Justeru itu satu program khusus diperkenalkan yang diberi nama “RUMAHKU SYURGAKU”.Program ini dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan keluarga bahagia kea rah melahirkan masyarakat penyanyang dan bersatu padu selaras dengan ajaran Islam dan wawasan 2020.
       Nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh setiap anggota keluarga.Kita harus menerima,menghormati dan mengamalkan adat dan kepercayaan keluarga sendiri.Setiap agama dipercayai akan memberi pengajaran kepada seseorang supaya tidak melakukan kegiatan tidak bermoral atau keruntuhan akhlak.Kita juga patutlah memgekalkan tradisi yang diwarisi secara turun temurun.
        Terdapat beberapa cara untuk mengekalkan tradisi kekeluargaan.Antaranya ialah mengamalkan tradisi kekeluargaan sendiri dalam kehidupan seharian.Selain itu,kita harus memberi sokongan kepada semua aktiviti kebudayaan dan kesenian yang diadakan.Tradisi memainkan peranan penting dalam sesebuah insitusi keluarga iaitu dapat menyatukan anngota keluarga.Seterusnya,ini dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga supaya tradisi tidak pupus ditelan zaman.Tradisi juga meru[akan jambatan menghubungkan generasi lama dan baru.  
         Penerimaan dan pengamalan tradisi serta kebiasaan keluarga sendiri amat penting untuk mengutuhkan semangat kekeluargaan.Contohnya,saya menerima tradisi keluarga saya untuk meraih setiap kelahiran bayi dengan mengumpulkan setiap ahli keluarga tidak kira di mana mereka berada.Apabila kita berkumpul,kita mampu bersam-sama berbual dan bersuka ria.Ini dapat membina keluarga yang utuh dan penuh dengan kasih sayang.
         Pengalaman tradisi kekeluargaan juga bertujuan membina keluarga yang rapat.Ini amat selaras dengan nilai kasih sayang yang mengamalkan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan terhadap ahli keluarga.Contohnya,keluarga saya akan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain semasa berlakunya kesusahan tidak kira kewangan atau emosi.Ini mampu membina keluarga bahagia yang rapat.
         Kesan jika tradisi,adat atau pantang larang  kekelurgaan tidak diamalkan ialah hubungan anggota keluarga menjadi renggang serta adat/pantang larang atau tradisi kekeluargaan akan lenyap atau terpupus.Selain itu,keluarga akan menjadi porak peranda dan anak-anak mungkin akan terpengaruh dengan gejala negatif.
         Kesimpulannya,pengamalan dan pengekalan tradisi keluarga mampu membina keluarga yang bahagia.Sesebuh keluarga yang bahagia mampu melahirkan individu yang membina negara yang berjaya dan berwawasan,bah kata pepatah pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara









3.2.6 KERJASAMA ANTARA AHLI KELUARGA

   Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih,serumpun bak serai.Sehubungan dengan itu,kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung,bertemu dan berurusan antara satu sama lain.Namun terdapat lakaran suram yang mengyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu.Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kerana semangat bekerjasama begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
    Anggota keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Sesebuah keluarga biasanya terdiri daripada bapa,itu dan anak anak.Keluarga ini dinamakan keluarga asas.Selain keluarga asas,terdapat juga anggota keluarga kembangan yang terdiri daripada datuk,nenek,ibu saudara,bapa saudara,sepupu dan anggota keluarga yang lain.Kita seharusnya memahami anggota keluarga sendiri.Kita sepatutnya mengetahui makanan,minuman,pakaian,warna kegemaran dan hobi mereka.Selain itu,kita juga sepatutnya mengetahui perlakuan yang disenangi dan tidak disenangi oleh anggota keluarga.Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh dan mesra apabila anggota keluarga saling memahami antara satu sama lain.Persefahamn yang terjalin ini juga dapat mengelakan kita daripada menyakiti hati dan menyinggung perasaan anggota keluarga.
     Sebagai anggota keluarga, kita juga mesti menyayangi antara satu sama lain.Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Kita mesti menghormati anggota keluarga terutamanya yang lebih tua seperti datuk,nenek,ayah,ibu,abang dan kakak.Pertuturan dan tingkah laku kita juga mestilah bersopan semasa berinteraksi dengan anggota keluarga Kita juga mesti akur dan patuh dengan nasihat dan larangan keluarga.Kita sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana dianugerahkan sebuah keluarga.Kita mesti berbangga dengan anggota keluarga yang kita miliki sekarang ini.Di dalam rumah terdiri atas suatu keluarga yang harus saling menjaga kebersamaan dan rasa kekeluargaannya dengan baik.Maka dari itu,kerjasama yang dilakukan di dalam rumah juga hendaknya untuk tetap bisa melibatkan seluruh anggota keluarga yang ada.
  Kerjasama yang dilakukan di rumah ini bisa menjadi menjadi suatu cerminan jika keluarga yang seperti ini adalah salah satu contoh keluarga yang damai,rukun dan tentunya harmonis.
   Diharapkan setiap anggota keluarga yang ada di dalamnya bisa saling membantu, saling menghormati, saling menghargai dan juda saling menyayangi satu sama lain,Nantinya, apabila kondisi seperti ini berhasil tercipta ,maka keluarga menjadi hangat dan menjadi hangat teman yang baik dalam rumah.
   Anak sebagai salah satu anggota keluarga atau bahagian terpenting dari keluarga juga tetap harus bisa bekerjasama dengan anggota keluarga yang lain.Beragam bentuk kerjasama yang ada di rumah bisa dilakukan dengan cara membantu pekerjaan ayah atau ibu rumah.


3.2.7 MEMBIBITKAN DIDIKAN AGAMA ANTARA SATU SAMA LAIN
            Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak- anak. Pepatah sering menyatakan bahawa meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak- anak sejak kecil lagi agar anak- anak dapat membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negative. Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara perkara baik dan buruk. Selain itu, anak- anak juga akan membesar dengan berpandukan ajaran agama. Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk mengelakkan anak- anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak- anak yang  dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya. Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tolong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk keluarga yang baik.








   









     



                   


Video untuk blog iniπŸ€—
Terima kasih

8 comments:

KELUARGA BAHAGIA MENJAMIN MASYARAKAT PENYAYANG

πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ 3.2.1 Menghormati ibu bapaπŸ˜πŸ˜πŸ€— Semasa kita kecil dahulu, ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab melah...