3.2.1 Menghormati ibu bapaπππ€
Semasa kita kecil dahulu, ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab melahirkan kita.Mereka menatang kita bagai minyak yang penuh.Boleh dikatakan semua keinginan kita mereka akan cuba penuhi.Mereka akan membelai kita dengan penuh manja dan disaluti penuh kasih sayang,
Kita perlulah memberi perhatian kepada ibu bapa sebagai cara menghormati mereka.Mereka kesunyian apabila anak-anak mereka mungkin sudah tidak tinggal serumah kerana mungkin ada anak mereka yang menyambung pelajaran di luar negeri,kerja di negeri orang atau mungkin berkahwin dan menetap di tempat lain
Ada juga anak yang duduk sebumbung dengan ibu bapa mereka juga sibuk dengan komitmen kerja yang sibuk .Bagi yang tinggal berjauhan,hubungilah mereka sekerap yang mampu,tidak kira melalui telefon mahupun video call.Apabila tiba musim cuti sekolah,pulanglah ke kampung menziarahi ibu bapa anda.
Bagi yang bertinggal berjauhan,hubungilah mereka sekerap yang mampu,tidak kira melalui telefon mahupun video call.Apabila tiba
musim cuti sekolah,pulanglah ke kampung menziarahi Ibu bapa anda.
musim cuti sekolah,pulanglah ke kampung menziarahi Ibu bapa anda.

3.2.2 MEMPUPUK HUBUNGAN YANG BAIK DALAM KELUARGAπ

Meluangkan masa bersama-sama merupakan salah satu daripada cara untuk memupuk hubungan baik dalam keluarga.Masyarakat harini ini terutamanya ibu bapa sering sibuk dengan pekerjaan masing-masing,namun mereka perlu bijak menguruskan masa supaya hubungan dengan isteri dan anak- anak sentiasa berada dalam keadaan baik. Begitu juga dengan anak-anak yang telah dewasa yang sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa.Salah satu aktiviti meluangkan masa dengan keluarga ialah makan bersama- sama dengan keluarga.

Tambahan pula, aktiviti kekeluargaan secara berkala yang melibatkan semua ahli keluarga dapat dilakukan seperti bersukan,gotong- royong dan melancong ke tempat tempat menarik.Setiap ahli keluarga bersatu hati dalam semua perkara sama ada susah atau senang.Hal ini menyebabkan rasa tanggungjawab dalam diri terhadap keluarga akan lebih dirasai dan dihayati oleh setiap orang yang bergelar anak.Sebagai contoh, kita haruslah sentiaa meluangkan masa bersama ahli keluarga dengan aktiviti- aktiviti yang menarik seperti berkelah,bersukan,bergotong- royong dan makan bersama-sama ahli keluarga.Hal ini bukan sahaja dapat memahami lagi setiap ahli keluarga malah merapatkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
3.2.3 MENJAGA NAMA BAIK KELUARGA
Nama baik keluarga merupakan salah satu faktor penting bagi setiap orang.Bagaimana tidak, kita tumbuh dan besar dari keluarga.Mungkin,tidak harus saya jelaskan bagaimana pentingnya keluarga dalam hidup kita.Kita langsungsaja membahas mengenai cara menjaga nama baik keluarga.
Budi pekerti adalah salah satu faktor penting dalam menjaga nama baik keluarga.Karena dari budi pekerti mulia yang kita miliki itu merupakan ciri khas bagaimna orang tua dan keluarga kita mendidik kita.
Langkah seterusnya yang perlu kita lakukan untuk menjaga nama baik ibu bapa saya adalah de ngan belajar bersunggunh-sungguh sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang.Ibu bapa pasti akan gembira apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Selain itu,untuk menjaga nama baik ibu bapa, kita perlu bergaul dan berkawan dengan rakan rakan yang baik dan dapat membimbing kita menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.Hal ini demikian kerana,kita akan memastikan diri kita tidak terlibat dengan rakan- rakan yang bermasalah yang boleh memperngaruhi kita terjebak dalam gejala sosial yang boleh menjejaskan nama baik keluarga kita.

Tambahan lagi,kita perlu menjaga nama baik keluarga dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga,jiran tetangga dan masyarakat setempat.Sebagai seorang anak yang baik,kita sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan saudara mara yang jauh dan dekat.Kita perlu meneruskan jalinan kasih sayang dengan ibu bapa saudara dan sepupu-sepupu kita .
Kita juga perlulah sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama demi menjaga nama baik keluarga Menjaga nama baik keluarga atau mengembirakan mereka menjadi satu tanggungjawab anak anak yang hidup di dunia ini.
3.2.4. MEMBERI KASIH SAYANG
Pada zaman kini,kita telah melupakan adat dan kasih sayang yang perlu diamalkan dikeluarga kita sendiri dan hanya sibuk dengan pekerjaan dan sebagainya.Tetapi kita seringkali bertanya dimanakah kebahagiaan itu tau mungkin juga kita memikirkan mengapa itu sukar hadir dalam istana yang kita bina atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjatuh.Kasih sayang berfungsi sebagai satu ikatan suci dalam masyarakat bertamadun untuk memenuhi tuntutan emosi dan jasmani,di samping meringankan ketegangan dan tekanan perasaan,menentukan status sosial dan sebagai usaha penyatuan beberapa keluarga dan keturunan.
Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Setiap anggota keluarga mempunyai peranan mereka masing-masing.Bapa menunaikan tanggungjawab beliau dengan menjaga keluarga.Oleh hal yang demikian,kita haruslah menghargai jasa ibu bapa sebagai seorang anak.Kasih sayang merupakan nilai murni dan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh seseorang.

Selain itu,kita harus sentiasa berada disisi mereka tidak kira ketika suka dan duka.Kasih sayang harus kita tunjukkan kepada golongan ibu bapa sebagai seorang anak kerana mereka berdua terlalu banyak melakukan pengorbanan demi anak-anaknya yang tidak terhingga.Nilai kasih sayang bermaksud perasaan cinta,kasih sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Apabila anak-anak melihat akhlak itu, anak akan terikut juga.Kita juga memberi ganjaran atau hadiah pada hari istimewa kepada anggota keluarga dan hadiah tesebut tidak perlu mahal kerana mereka tidak akan harapkan ingatan atau penghargaan yang bernilai tinggi.Pembinaan sebuah keluarga bukan sahaja bergantung kepada ibu bapa atau penjaga tetapi merupakan kewajipan dan tanggungjawab setiap anggota keluarga.

Di samping itu,kita akan menjadi seorangan kerana tiada yang menunjukkan kasih sayang yang sempurna serta tidak bermesra.Seterusnya,keperluan anak-anak akan terabai dari segi pelajaran dan keperluan asas.Perkara-perkara kecil yang boleh menggembirakan ahli keluarga perlu kita jadikan rutin harian kita bagi menjaga hati ibu bapa serta ahli keluarga.Kesimpulannya,kita sebagai seorang harus menunjukkan rasa kasih sayang kepada semua benda hidup ciptaan tuhan.
3.2.5 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN




Kesan jika tradisi,adat atau pantang larang kekelurgaan tidak diamalkan ialah hubungan anggota keluarga menjadi renggang serta adat/pantang larang atau tradisi kekeluargaan akan lenyap atau terpupus.Selain itu,keluarga akan menjadi porak peranda dan anak-anak mungkin akan terpengaruh dengan gejala negatif.
Kesimpulannya,pengamalan dan pengekalan tradisi keluarga mampu membina keluarga yang bahagia.Sesebuh keluarga yang bahagia mampu melahirkan individu yang membina negara yang berjaya dan berwawasan,bah kata pepatah pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara
3.2.6 KERJASAMA ANTARA AHLI KELUARGA
Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih,serumpun bak serai.Sehubungan dengan itu,kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung,bertemu dan berurusan antara satu sama lain.Namun terdapat lakaran suram yang mengyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu.Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kerana semangat bekerjasama begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Sebagai anggota keluarga, kita juga mesti menyayangi antara satu sama lain.Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Kita mesti menghormati anggota keluarga terutamanya yang lebih tua seperti datuk,nenek,ayah,ibu,abang dan kakak.Pertuturan dan tingkah laku kita juga mestilah bersopan semasa berinteraksi dengan anggota keluarga Kita juga mesti akur dan patuh dengan nasihat dan larangan keluarga.Kita sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana dianugerahkan sebuah keluarga.Kita mesti berbangga dengan anggota keluarga yang kita miliki sekarang ini.Di dalam rumah terdiri atas suatu keluarga yang harus saling menjaga kebersamaan dan rasa kekeluargaannya dengan baik.Maka dari itu,kerjasama yang dilakukan di dalam rumah juga hendaknya untuk tetap bisa melibatkan seluruh anggota keluarga yang ada.

Diharapkan setiap anggota keluarga yang ada di dalamnya bisa saling membantu, saling menghormati, saling menghargai dan juda saling menyayangi satu sama lain,Nantinya, apabila kondisi seperti ini berhasil tercipta ,maka keluarga menjadi hangat dan menjadi hangat teman yang baik dalam rumah.
Anak sebagai salah satu anggota keluarga atau bahagian terpenting dari keluarga juga tetap harus bisa bekerjasama dengan anggota keluarga yang lain.Beragam bentuk kerjasama yang ada di rumah bisa dilakukan dengan cara membantu pekerjaan ayah atau ibu rumah.
3.2.7 MEMBIBITKAN DIDIKAN AGAMA ANTARA SATU SAMA LAIN


Video untuk blog iniπ€
Terima kasih
Semme
ReplyDeleteChance ille
ReplyDeleteDifferent level
ReplyDeleteIt's really useful....Very good blog
ReplyDeleteGood Jobπ΄
ReplyDeleteFuishhh. π
ReplyDeletethx
ReplyDeleteWhat is the easiest way to get free coins from a casino? - DrmCD
ReplyDeletefor everyone who plays κ΅°μ° μΆμ₯μ΅ casino slots, and those who μμ μΆμ₯μλ§ do not. You will μμ° μΆμ₯λ§μ¬μ§ find νλ°± μΆμ₯λ§μ¬μ§ some types of free coins, such as βbonusβ, βspinsβ and βcashbackβ. If you κ΄μ£Όκ΄μ μΆμ₯λ§μ¬μ§ can't find